Cuti, shopping raya dan sesak

photo: credit to Gettyimages

Di tahun-tahun yang lepas, apabila Selangor cuti dan KL tak cuti, memang akan sesaklah Kuala Lumpur terutama di jalan masjid India, Chow Kit, sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman dan setipa kompleks membeli belah pasti sesak.


Kebetulan pulak tahun ini cuti Nuzul Quran jatuh di di saat Lebaran hampir tiba, maka pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli persiapan hari raya. Agak-agak hari ini KL sesak tak? 10 tahun yang lepas adalah kali terakhir kak long berkesempatan bersesak-sesak untuk shopping raya di bandaraya KL. Sekarang ini kak long lebih suka membuat persiapan lebih awal ( ala kadar jer). Malas nak bersesak-sesak dgn parkingnya lagi, dengan sesak jalanrayanya lagi..aduhai tak kuasa..eheheh. Lagipun dah duduk jauh dari KL ni, shopping raya kat Nilai, Seremban dan paling tidakpun kat JJ Balakong, tu..ehehehehe.


Dulu, kalau Selangor cuti, dan KL tak cuti masa Thaipusam, apabila kak long nak balik ke rumah di Kampung Baru selepas waktu kerja, sesak sungguh jalan Tun Razak tu. Jalan Kinabalu dan Sultan Ismailpun sesak tapi sekarang ini kalau KL cuti, Selangor cuti, kak long rasa KL tetap dan akan sesak..ahaks.


Pagi tadi perjalanan lancar sebab orang yang bekerja di Selangor cuti, so orang yang bekerja di KL suka hati sebab jalan tak sesak..ihiks. Tapi adakalanya terkenang juga kemeriahan shopping raya di saat akhir di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu tapi bila fikir sesaknya dan berpuasa pulak, keinginan itu mati dengan sendirinya...ehehehe..

Comments

zue said…
shopping byk2 kak long.
skrg ni x kira cuti hari bekerja pun mana2 pun ramai org.
Juezura said…
zue-->dah tak ada shopping raya lagi rasanya buat masa ini.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah