Kes Cuti Raya

Setiap tahun pasti ada permasalahan cuti semasa raya terutama raya puasa. Paling risau apabila perlu berlaku adil dan bijak menangani masalah. Kalau tak ada perebutan siapa nak cuti dan siapa yang boleh cuti lebih, agak mudahlah menyelesaikan masalah. Seperti tahun ini, walaupun raya ada lagi dalam 15 hari tapi kak long dah berbincang dan dapat buat jadual kerja sehingga hujung bulan ini. Agak mudah menyusun jadual kerana telah ada penambahan jumlah kakitangan di sini dan kak long amat berterima kasih kepada mereka yang mahu bertolak ansur. Daripada 8 orang kakitangan yang ada cuma 4 orang saja yang raya ke 4 dah mula bekerja dan yang lain-lain bolehlah ambil cuti lebih dari 2 hari. Syukur alhamdulillah tak kena kerja pada raya pertama atau kedua macam mereka yang bertugas di hospital, polis mahupun tentera tetapi kalau dah terpaksa kena jugalah buatkan?.

Tahun ini dah kira selesai, tahun hadapan tak tahu lagi...

Comments

myQza said…
ALhamdulillah... Dapat juga cuti.

saya tahun ini ALhamdulillah dapat cuti seminggu terus.

Macam tahun lepas ketua lama tidak berlaku adil apabila meminta staf bujang kerja di petang raya termasuk saya dan balik awal pada raya ketiga. sedangkan beliau cuti terus.
rasa nak sepak laju2 sahaja muka beliau.
Juezura said…
s| TeD|-->Kita sebagai pekerja yang baik perlu bertolak ansur terutama dgn ketua kita.
kuina said…
baru bincng dgn bos pasal tu nie...

hehe no problem... sbb time org bercuti sy akan berkerja.. pastu saya ambek cuti panjang............................

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah