Cubalah utk Setia ...


Wanita : Hello...
Zura : Hello...
Wanita : Siapa ni?
Zura : Awak nak bercakap dengan siapa?
Wanita : Siapa ni?
Zura : Hmmm...saya zura
Wanita : Saya nak tanya sikit...
Zura : Ya??
Wanita : Awak ada kawan di Singapore?
Zura : Ada ramai
Wanita : No tel awak ada dlm bil telefon saya.
Zura : Ye ker?
Wanita : Siapa nama kawan awak? Di mana awak kenal dia
Zura : E ada..S ada tapi saya tak pernah terima panggilan kecuali dari E , sekali last
month tp masa tu saya sibuk.
Wanita : Saya nak beritahu ni, yang E tu dah ada anak 3 orang. Dan nama dia bukan E
Zura : oOoo..awak ni isteri dia ke? Saya kenal dia jer tp tak lebih dari kenalan biasa
saja. itula pertama kali dia telefon saya..itupun cuma tanya khabar jer.
jarang nampak dia online pun skrg ni ..cuma 2-3 thun lepas jer saya selalu nampak
dia online.
Wanita : yer...saya mintak tolong, kalau nampak dia online lagi, tolong bagitahu kat dia
yang awak dah tahu status dia yer.
Zura : Sure...no problem.
Wanita : Terima kasih yer awak sudi bekerjasama..kalau tidak saya nak bawak perkara ini
ketengah sbb saya dah ada no tel awak...


Laa ..minah ni ..bukan aku yg mengacau laki dia ..nak bawak ketengah apabenda? Laki dia buat panggilan tk sampai 1 minitpun...nak saman apa ?? dia tk berani pulak tunjuk nombor telefon dia. Hampeh betul la mamat tu ....dah la mengaku bujang, nak telefon kawan tak bagitahu bini.. dah tu guna telefon yg ada bil...memang kurang bijak!! Lepas ni setiap panggilan yg tidak bernombor takkan dilayan..harap maklum.
Pada kawan-kawan yang telah beristeri/bersuami, cubalah utk setia yer..kalau nak berkawan pastikan anda berterus terang dgn isteri/suami anda siapa kawan2 anda...

Comments

kuIna said…
salam kak long.... itu biasa a. panggilan seminit kesannya perit
Anonymous said…
tehehhehehe.....kelakar betul tapi tulah,cik kak tu nak bawak ketengah dengan panggilan yang hubby dia buat tu?

Senang aje kak Long, no caller ID xpayah angkat fon....
Normie said…
salam kak long..kdng2 si isteri nie pun satu..nak serang org lain tanpa usul periksa.Ini namanya memalukan kaum hawa.

Biasalah 2 kak long...mmg susah nak cari yg benar2 jujurkan.

Lepas nie kak long kenelah berhati2.
Roshatika said…
Kak Long.....saya pun pernah kena kes macam ni sehingga dia sanggup telefon suami saya lagi. Nasib baiklah suami saya memahami, kalau tidak rumah tangga saya pulak bermasalah.
Juezura said…
ku Ina ---> harap2 kisah ni tak berpanjangan.

Noushy---> memang tk akan jawab no caller ID lagi selepas ini :)

Noamee--> kita pun faham hati seorang perempuan :-).

Ros---> itulah kena saling berterus terang sesama suami isterikan :)
Anonymous said…
hi abby,

I think you should stop giving your phone no to chatters la ... there are many a****les in the chat world.

TJ

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah