Kecurian...

Hujung minggu kak long tidak ada apa-apa yang menarik. Hari Sabtu pagi sibuk tolong anak-anak saudara bersiap untuk ke sekolah(kelas ganti untuk cuti raya). Tengahari dan petang dihabiskan dengan bersantai di rumah( huhuhu depan tv sambil baca buku).

Hari Ahad, pagi ke pasar, tengahari, lepak lagi depan tv dan petang, tolong mak alihkan pasu2 bunga di depan rumah. Tidak ada apa-apa yang luarbiasa berlaku tetapi keadaan berubah apabila jiran sebelah balik(tak pasti dari mana) tetapi mereka memang dah keluar dari rumah awal pagi sabtu lagi.

Sedang kak long duduk2 santai menonton cerita " The Cronicles of Narnia" di Starmovie, terdengar suara "Excuse Me" dari luar pagar, kebetulan pintu rumah dan lampu di porch masih terbuka. Kak Long tak nampak siapa orangnya tetapi cam suara jiran sebelah. Kak long terus bangun dan mak yang ketika itu sedang berbual di telefon dengan kak Ina di kampung juga terus bangun. Jiran sebelah bertanya, ada ke nampak orang masuk ke rumah dia masa weekend. Huh??? terkejut kak long, berderau darah. Kak Long jawab " tak ada, cuma petang sabtu ada jiran sebelah rumah dia yang seorang lagi siramkan pokok2 bunga dia.

Dia kata " ada orang dah pecah masuk rumah! dia masuk ikut bumbung dan keluar ikut pintu belakang, sebab siling dan pintu gril pecah tetapi pintu depan elok tak ada apa-apa". Memang pintu rumah dia okey jer sebab kak long memang tak nampak apa-apa yang mencurigakanpun sepanjang hujung minggu. Rupa-rupanya dia ke Pulau Pinang.

Sebelum ini, ada beberapa buah rumah di kawasan itu telah di masuki pencuri tetapi kami tak sangka, rumah jiran sebelah rumah pula yang malang kali ini. Iskk....macam mana agaknya pencuri ini berjaya masuk tanpa kami jiran2 sebelah rumah perasan dan sedar. Jiran di kanan kiri dan jiran belakang ada di rumah di hujung minggu dan tambah pelik kerana anjing jiran kami tidak menyalak langsung semalam. Biasanya dia akan menyalak kalau ada orang yang dia tidak kenal, menghampiri rumah. Kemungkinan besar, pencuri itu masuk diantara pukul 8-11 malam sebab kalau dia dah pecahkan pintu gril hari sabtu malam, mesti jiran belakang perasan??. Entahlah payah nak teka atau nak pastikan macam mana ini semua boleh berlaku.

Walau rumah kita ada "alarm" tapi mana ada " alarm di bumbung? Rumah dia memang tak ada "alarm" tetapi kalau dah masuk dari bumbung, siapa yang tahu . Kawasan rumah yang sebelum ini dimasuki pencuri itu ada "jaga" dari pukul 7 malam hingga 7 pagi, tetapi bila tuan rumah balik di waktu tengahari, rumah telah diceroboh dan habis semua barang-barang kemas telah diambil. Siang hari pun pencuri ini berjaya masuk ..Bijak sungguh laa mereka ini. Senang-senang jer nak dapatkan duit dari hasil titik peluh orang lain tanpa perlu bekerja( tapi sang pencuri fikir dia bekerja dan berpeluh juga masa masuk rumah orang itu kut).

Siapa agaknya yang menjadi dalang di dalam kes-kes yang semakin banyak berlaku ini? Modus operandi dia, mencuri di satu rumah, rehat beberapa bulan, kemudian bila keadaan kecuh reda, dia buat hal lagi. Kak Long rasa mesti orang yang sama yang buat hal ini.

Mak Kak Long dah ketakutan sehingga malam tadi dia tak dapat tidur lena memikirkan hal ini. Terasa takut nak tinggalkan rumah untuk balik kampung atau ke mana-mana selepas ini.

Kak Long harap perkara ini ( rumah dimasuki pencuri) tidak akan berlaku kepada kak long dan rakan-rakan semua, InsyaAllah.



* Rumah sewa di kg baru pernah dimasuki pencuri, habis berselerak bilik tidur. Walkman, rantai mutiara Sabah, hadiah dari adik ipar dan passport (expired) lesap. Takutnya!! kenangan 6 tahun lepas kembali menerpa di fikiran.

Comments

Anonymous said…
Ni kene pasang tembok api atau firewall nie.. report pada polis atau mcm kat iklan tv tu kalau ada sebarang keraguan hehehe
H@iRiE said…
budak indon punya kerja la tu.dulu masa mula-mula area rumah k long baru diduduki byk jugak kes macam tu.
Juezura said…
Ien--> huhuhu kalau boleh buat firewall ..kira ok la kan?? ihiks ni mana boleh nyer...sabo jer laa
Juezura said…
hairie-->itu kak long mmg tahu sbb 5 thn lepas byk kes...baru2 ni dah mula semula depa buat keje
kuIna said…
issshhh org jahat memang kretif... ada2 aja teknik & taktik mereka.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah