Hidup Kena Berani ?

Hari minggu yang lepas sebaik sahaja tamat waktu kerja , kak long dengan mak kak long( mak lepak kat bilik kak long) solat dan makan tengahari di restoran berhampiran tempat kerja. Dalam pukul 2 petang kami selamat sampai di rumah sepupu di Taman Perkasa, Hulu Langat. Comel sangat anak perempuan sepupu tu( sorry tk ada gambar baby..lupa nak snap). Nama baby girl ni sedap sungguh , Nur Qaseh...huhuhu telah diambil nama angan2ku ini ...ihiks.

Bila balik kak long tengok di jalan besar hulu langat menuju ke Lebuh raya Cheras-kajang amatlah sesak. Dua lorong hampir tidak bergerak dan pada ketika itu juga kak long nekad membelokkan kereta ke kiri dan terus menuju ke Pekan Batu 14 Hulu Langat melalui Jalan Hulu Langat dan belok ke kanan utk ke Semenyih menggunakan Jalan Sungai Tekali dan seterusnya apabila sampai di satu simpang tiga, belok sekali lagi ke kanan ke Jalan Semenyih-Kuala Klawang.Jangan tak percaya, inilah pertama kali kak long memandu di jalan ini yang terkenal dengan jalan sempit dan berbukit-bukau serta berliku-liku. Sebelum ini kak long jadi penumpang ajer...ahaks. kalau pernah memandupun setakat jalan Sungai Lalang utk pergi ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala..ehehehhe.

Mak kak long dah cuak dah..maklumlah minyak kereta amat mininum ketika itu dan mana ada stesen minyak di jalan lama ke semenyih itu . Kak Long yakin kerana ketika itu hari masih siang..cuaca pun okey dan InsyaAllah kami akan selamat sampai ke Semenyih dengan selamat. Sebenarnya sebelum mak kak long ingatkan tentang minyak , kak long tak perasan minyak dah kurang..ehehehhe tapi syukurlah kami selamat sampai . Amatlah berbeza apabila memandu sendiri dan menjadi penumpang, kerana ketika menjadi penumpang tak rasa pening pun tapi semasa kak long memandu petang itu, terasa sedikit pening apabila terpaksa memandu di jalanraya yang berbukit bukau dan berliku-liku.

Heheheh tapi kak long diam jer , terus memandu secepat yang boleh..( ihiks..mak kata slow sikit long...slow ) . Banyak kereta yang berselisih tetapi tidak banyak yang berada di hadapan mahupun yang mengekori kereta kami. Seriau bila ada kereta yang dipanju terlalu laju dikawasan yang sempit dan mulalah mak mengomel marahkan pemandu yang kurang ajar tu ..ehehehe .Bukannya apa,kak long nak cepat sampai ke kawasan Hutan Rekreasi Tekala yang dah biasa kak long pergi, itu sebab kadang terlupa, tertekan pedal minyak lebih sikit, maka laju jerla kereta tu menuruni bukit yang curam. Punyerlah konsentret memandu, cuma sempat bagi komen tentang kereta-kereta yang berhenti menikmati pemandangan tasik ( empangan ke hah?) ehehhe tak pasti sebab cuma nampak sekali imbas macam tasik disebelah kiri jalan. Lepas tu dok tengok budak2 muda mandi manda di cucuran airterjun yang mengalir laju dari atas bukit di tepi kanan jalanraya ...eheheh cam best jer tapi takut nak berhenti utk menikmati pemandangan disitu.

Apapun sebenarnya kita sesekali harus keluar dari "comfort zone" atau zon selamat atau selesa . Walau kita sudah selesa dengan apa yang kita hadapi, guna atau lalui setiap hari,kita perlu keluar dan mencuba . Sesekali kena berani dan kalau nak berani kenalah kena pada tempat dan masanya. InsyaAllah kita akan lebih berjaya. Kalau kak long tak berani hari itu mencuba memandu di jalan yang kak long tak pernah lalui, mungkin kak long tidak tahu yang kak long sebenarnya boleh buat banyak perkara yang kak long tidak pernah buat ...huhuhu mesti kak long terperangkap di kesesakan lalulintas yang entah bila akan berakhir di petang minggu itu kalau kak long masih nak ikut lebuhraya utk balik ke rumah.

************

Selalu fasilitor suruh kita keluar dari "comfort zone" apabila kita menghadiri bengkel atau seminar. Kita biasanya akan lebih selesa duduk di meja dan kumpulan yang sama setiap kali bermula sessi perbincangan/aktiviti, betul tak? Apabila kumpulan dibubarkan dan kita diletakkan di kumpulan yang lain , adakah anda merasa tertekan, takut, tidak selesa atau mungkin anda tidak kisah dan tidak peduli. Anda akan cuba melakukan yang terbaik utk diri anda dan kumpulan anda?

Comments

Noushy Syah said…
...kalau tak berani mencuba,agak susah untuk maju kedepan....dan bila berani mencuba there's a risk that you going to face...maybe a failure,and here lies the strentgh of yourself..the positive power to say, once a failure doesn't mean forever...

I remember this Malay proverb someone gave it to me"Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"...

Cayalah Kak LOng, you actually can go further then you think!...psst psst, especially about writing the book!*wink*
Qaseh Bidadari said…
wah..kaklong dah fasih bawak kete lah...tahniah..tp hati2 tau...
Juezura said…
noushy-->yer betul. Kena fikir positif walau gagal banyak kali..*wink*. Huhuhu noushy ingat lagi pasal buku tu ek..adeh..belum ada sehelai pun..tajuk pun tk ada ...ekekeke idea belum dpt difokuskan.
Juezura said…
Eira-->kak long tak fasih lagi memandu. Biasa2 jer. InsyaAllah akan lebih berhati2.
Anonymous said…
"Hidup Kena Berani ?", Berani Kena Mati :P (Ape perbezaannyer?)

P/s: gurau jer ye~

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah