Suatu masa - bahagian 1

Suatu masa dahulu di pertengahan tahun 60an, Abah dan mak kak long berkenalan dan akhirnya mereka ke jinjang pelamin. 2 tahun selepas diijabkabulkan, kak long di lahirkan ke dunia.

Abah seorang buruh kasar di JKR dan mak pula seorang gadis muda yang menjadi idaman lelaki kut semasa tu ...ehehe. Ramai yang kenal mak sampaikan mak digelar "combi" seperti combi dalam filem Ibu Mertuaku itu.

Mak pernah bercerita kepada kak long semasa peristiwa 13 may 1969, mak dan abah pernah melanggar perintah berkurung ketika itu. Aduhai masa itu mak kata keadaan di jalanraya amatlah sunyi sepi, hanya kedengaran bunyi enjin motosikal Abah kak long memecah kesunyian pagi yang dingin. Walaupun peristiwa 13 may berlaku di Kuala Lumpur tetapi bahangnya terasa juga di kampung-kampung. Tetapi kak long percaya masyarakat tionghua dan melayu yang hidup di kampung jauh lebih akrab daripada di bandar-bandar besar.

Syukur kami sekeluarga selamat sampai ke rumah sewaan. Kak long masih ingat-ingat lupa rumah papan sederet yang terdiri daripada 5 ataupun 6 buah rumah berwarna hijau itu. kak Long ingat sebab apabila kak long telah berpindah ke kuarters JKR yang berhampiran ketika berumur 4 ataupun 5 tahun, rumah sewa tersebut masih wujud. Kalau dah roboh, mesti kak long tak ingat sebab kak long tinggal di rumah sewa tersebut ketika masih bayi lagi.

Sesiapa yang pernah tinggal di kuarters JKR mungkin pernah mengalami pengalaman yang sama seperti yang pernah kak long alami. Hampir 70% penghuni kuarters terdiri dari kaum India dan selebihnya adalah orang melayu. Tinggal di kuarters meninggalkan banyak kesan yang mendalam dan memori-memori suka duka yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Kak Long masih ingat, apabila tiba masa Thaipusam, akan diadakan perarakan membawa berhala di sekeliling kuarters dan pada ketika itu, sebaik sahaja mendengar alunan gendang dan serunai, kak long akan menangis meraung-raung sambil memeluk kaki mak. Kak Long juga kecut perut dengan "wel wel" dimana kaum Hindu akan membawa kawadi dan mencucuk jarum serta mata kail di badan mereka. Mak pastinya akan memarahi kak long dan siaplah kena cubit sebab apa yang kak long nak takutkan sebab kak long di dalam rumah ehehehh tapi maklumlah budak kecik yang penakut macam kak long ni merasakan mereka yang bersorak2 diluar itu akan masuk ke dalam rumah dan mengambil kak long..huhuhu tragis sungguh bila teringat betapa penakutnya kak long ketika itu. Sia-sia jer buang mair mata..ahahahah. orang suka2 diluar, kak long pulak yang meraung-raung di dalam rumah...ekekek tak pasal2 kena tengking dan cubit.

Jiran sebelah rumah adalah orang keluarga India, depan rumah pun India..eheheh sampaikan kak long tahu berbahasa Tamil suatu ketika dahulu. Err nanti kak long cerita di episod seterusnya okey??

Masa tu manja lebih sebab baru berumur 3 ataupun 4 tahun. Kasut masa baby bukan main banyak ( err lebih dari 1 pasang kira banyaklah. Bukankah begitu?? ehehehhe. Baju-baju gaun sungguh cantik-cantik( eheheh kak long tahu gaun tu cantik sebab dah masuk darjah satu pun baju masa baby tu ada lagi...ehehhehe tapi adik tak boleh pakai sebab dia lelaki huhuhu .

TV tak ada masa tu, kalau ada pun tv kat estet yang hitam putih kalernya, maka berduyun-duyunlah masyarakat sekeliling berhampiran estet pergi menonton wayang tamil yang dimport atau wayang pacak yang di bawa khas oleh Jabatan Penerangan. Bab ini akan kak long ceritakan lagi di episod seterusnya.

Ketika itu tidak ada banyak kedai-kedai yang ada di pekan Simpang 3 dan juga Pekan Bagan Datoh. yang ada hanyalah beberapa kedai kopi, kedai runcit , kedai surat khabar, kedai jahit baju melayu dan kedai gunting.

Kisah kehidupan kak long dan suasana persekitaran di tahun 70an dan selepas kak long dapat adik ditahun 1972 akan bersambung di lain ketika. Tunggu...

Comments

Mersik said…
Uii.. nostalgia nye.. nostalgiaa.. kekekeke...
Abang Long said…
Alahai ... Pokcik Mersik dah masyukkk dulu ... kak long mesti 'cute' masa tu ye ?
Juezura said…
mersik--ehehehhe nostalgia2 indah yang dibawa ke akhir hayat.
Juezura said…
abang long-->semua org cute masa baby...ehehehehe.

Popular posts from this blog

Kes Pewangi Tumpah

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...