Suatu Masa - Bahagian 3

Suasana di tahun 1970an...


Tidak ada elektrik ketika kak long di lahirkan. Yang ada hanyalah generator berkuasa enjin. Hanya yang berkemampuan guna generator utk hidupkan lampu kalimantang ataupun TV hitam putih yang ada ketika itu.

Filem tamil yang ditayangkan di dewan berbumbung tanpa kerusi dan dinding di estet2 yang banyak di daerah bagan datoh pada ketika itu juga menggunakan kuasa enjin generator
Maka orang-orang dahulu kenal pelakon2 India seperti Sivaji, MGR dll ehehehe kak long pun boleh ingat nama2 pelakon tersebut kerana terlalu kerap menonton filem2 tamil ketika itu.

Kak Long tidak ingat sama ada, ada filem melayu yang di tayangkan ketika itu di estet tersebut.
Seingat kak long abah beli tv semasa adik kak long hampir lahir dan guna enjin utk hidupkan TV tu..huhuhu jgn tanya macam mana sbb kak long tahu tengok jer masa tu ...ekekkeke.

Masa dulu-dulu , filem2 yang di tayangkan di pagawam amatlah laris. orangorang kampujng akan ke pekan Teluk Anson ( kini Teluk Intan) utk menonton wayang, yang terkenal masa tu cerita- cerita hindi dan melayu laa. Abah kak long selalu bawak kami sekeluarga tengok wayang di panggung. Sampai kak long form 1 di tahun 1981 pun abah masih bawak kami menonton filem di panggung. Cerita " Bobby" , " Haati Mere Saati" " chalte chalte" waduhh itulah antara filem2 hindi yang popular ketika itu dan kami sekeluarga tidak ketinggalan menonton di panggung.

Abah siap beli rekod-rekod dari filem2 tersebut.. Alaa skrg ni cam sound track ..lagu runut bunyi gitu ..ekekkeke. Aduh sayangnya rekod2 lama dan pemain piring hitam dah tak ada di dalam simpanan . Sejak Abah meninggal, piring2 hitam itu habis terbiar dan ada beberapa keping piring hitam lagu2 penyanyi2 tahun 1970an yang pak cik kak long ambil utk kenangan-kenangan. Kak Long sendiri masa tu tak reti nak menghargai barang2 antik seperti itu.

Pada zaman 70an , hubungan kami di antara jiran2 di kuarters boleh di katakan rapat juga tidak kira bangsa. Jiran kak long ada 2 orang anak perempuan yang lebih tua dari kak long dan seorang anak lelaki bernama Murugan tapi kami panggil dia Murga jer ...eheheheh skrg ni entah di mana dia tinggal. Beberapa tahun yang lepas ketika kak long di kampung, terjumpa dengan beberapa orang rakan sepermainan yang berbangsa India tetapi maklumlah dah tua...tak ingat sgt muka ...ekekekek tapi ada yang tetap kenal dgn mak dan menegur.

Oleh kerana kami sering bermain bersama, kak long dengan sendirinya boleh memahami bahasa tamil yang digunakan seharian oleh jiran2. Huhuhu belajar dengan mendengar dan memerhati perbualan dan perbuatan jiran2 tersebut. Aduh malanglah, sekarang ni hanya beberapa patah perkataan yang kak long tahu , nak susun ayat pun lidah dah keras ..ihiks . Rugikan?? tapi setakat nak memahami kalau ada orang mengumpat , kak long dapat tangkap maksud mereka. Ahaks..pernah sekali cashier kat supermarket kak long sergah sebab dia mengutuk kak long yang bayar guna not RM50 utk nilai barang yang kurang dari RM5.

Sesama jiran semasa kecik, manakan tak kenal rapat! main tengah panas , mengejar dan menangkap belalang dan menangkap pepatung menggunakan lidi dan biji gam. Pokok gam yang amat besar ketika tu ada di depan rumah kak long dan ada padang yang semak dgn lalang. Masa kecik2 bukan tahu takut ulor ke apa..main belasah jer ...janji seronok...ekekek balik rumah dah bau hangit sebab terbako dek cahaya matahari. Huhuhu nakal jugak ek kak long ...ehehehh tapi nakal gitu2 jer laa bukan mencuri atau merosakkan harta benda org. Harta benda sendiri mungkin ada ..eheheh ( pecahkan pinggan atau piring masa nak makan) ekekekek.

Kami siap lagi memancing ikan di parit besar yang memagari sempadan pagar kuarters JKR. Huhuhu best Oooo mancing ikan tilapia, sepat, puyu . Umpan guna cacing jer ...eheheh sebab tu kak long tak geli dengan cacing sebab dah biasa . Bila ada aktiviti memancing, berceratuk kami duduk tepi parit nunggu pancing ditarik dek ikan...

Permainan yang kami mainkan semasa dahulu di tahun 70an bukan ada PS1, PS2 atau PSP. ( sampai skrg kak long tak pandai main benda2 ni semua ..ekekekek). Internet lagi ler tak ada ...ehehehe kak long kenal internet pun masa masuk ITM..huhuhu. Dulu2 kami main jengket2 ..jengket robot, dan ada lagi satu jengket tu..adehhh tak boleh nak recall pulak nama jengket tu yang kita baling tagan ( batu atau apa sahaja yg boleh dibaling) ekekeke dan melompat dicelah2 kotak2 yang dilukis atau di lorek di tanah .

Kami main seremban ( bukan Bandar Seremban tau...eheheh) yang guna 5 biji batu atau 7. Kak long juga main guli cam budak2 lelaki masa tu ...huhuhu segala jenis permainan guli kak long main ..ahaks .

Main galah panjang pun best jugak. Masa kat sekolah badminton court yang kami guna utk main galah panjang ni ...ekekek nama jer galah panjang tapi tak ada galah atau buluh terlibat di dalam permainan ini. Err..korang semua ..jom main galah panjang nak??? ekekkeke tak sedo diri ni..ahaahahahah.

Kami main jugak rounders (macam softball), main polis sentri (main kejar2 polis dengan pencuri), permainan baling kasut, baling tin ( best Oooo main ni....baling tin yan disusun piramid dan lari sebelum team lawan dapat "matikan" dengan baling bola ke badan ahli team satu lagi. Sebelum itu, team yang membaling jatuh tin akan cuba membina piramid itu semula dan jika berjaya, team tersebut akan menang. huhuhu nostalgia sungguh laa permainan masa dulu. Siap boleh bertengkar lagi tu kalau tak puas hati ...ekekekek. Biasalah...budak2 lagik...ekekek org tua pun bergaduh apa lagi budak2.

Apa lagi ek permainan kami semasa dizaman 70an dulu?? hmmmm sesiapa yang ingat sila berikan komen ok ..eheheh. Bila dah darjah 6, barulah aktiviti main2 ni semua dikurangkan...ihiks.

Walaupun kak long dah tak tinggal di kampung, tetapi jiran2 kami semasa di kuarters JKR masih ada yang tinggal di kampung dan hubungan langsung dengan mereka terputus sebaik sahaja Abah meninggal pada 1983 dan kak long terus berpindah ke rumah peninggalan Abah di kampung yang ketika itu belum siap sepenuhnya.

Comments

Anonymous said…
kak long.... dah pagi2 buta baru bole belek2... xleh nk baca dah. huhu. esok sambung :)
Noushy Syah said…
Woww...Kak Long all the games yang kak Long main tuh hehheheh hanya rounders yang nshy tau, the rest all zero knowledge.ANyhow..what a nice story looking back then...

p/s nti tell us about how's the fashion like then?:)
Juezura said…
sitilina-->ehehhe tak pe..lain kali boleh baca :)


Noushy-->eheheh rounders noushy tau ek...takkan guli tak tahu noushy?? ehehhe marbles yang warna warni tu ..nanti kena ambik gambo la tunjuk kat noushy kut..ehehe memang indah suasana semasa kecik dulu.
Shunjike7 said…
semua game yang kak long mention tue, semua saya pernah main...tapi yang paling saya ingat main rounders tue la...sayanie duduk kat taman perumahan...main rounders bukan kat padang tapi kat atas jalan depan rumah...

ader sekali tue bila pukul bola kena cermin tingkap jiran dan pecah ...ngehngeh ngeh...terpaksa kitaorang kutip duit sekolah nak ganti cermin jiran tue
Juezura said…
ahahahhah adehlaa ..kak long main kat padang tepi umah tapi tak pernah la pecahkan cermin rumah org..ahaks. Jom main rounders...ekekek larat ke lari lagi ni...ahahahah

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah