Takutnya....

Ketika dia berada di hadapan pintu masuk ke pejabat, dilihatnya seekor ular melingkar di tengah2 pintu. Tak jadi dia nak melangkah tetapi sekadar memerhati dari jauh. Kelihatan seorang pencuci pejabat dengan selambanya mengalihkan ular tersebut menggunakan batang penyapu.

Ketika itu, dia merasa lega lalu terus melangkah menuju ke pintu tetapi pada masa yang sama tetiba-tiba perempuan "cleaner" itu telah meletakkan ular tu betul2 di tengkuk dia. Dia merasa terkejut lalu cuba menjerit tetapi dek kerana terlalu takut dan geli tidak ada suara yang keluar dari kerongkongnya. "Cleaner" itu hanya memerhati sambil tersenyum sedangkan dia semakin menggeletar ketakutan dan dirasakannya saat itu seolah-olah dia tidak lagi mampu untuk bernafas...dia cuba untuk bersuara "tolonggggggg" ...

Akhirnya dia tersedar dan ketika itu dia masih terasa menggeletar kerana takut dan geli dengan ular yang dibelitkan dilehernya tanpa kerelaan. Rupa-rupanya dia bermimpi tetapi mimpi itu benar-benar seperti satu realiti.

Adakah mimpi seperti ini hanya disebabkan oleh tekanan perasaan ataupun ada makna disebalik? Apapun semoga tidak ada apa2 yang memudaratkan berlaku. InsyaAllah.

Comments

~Cinta Cukulet~ said…
orang nak masuk meminang kot hehe...
p/s sorry kaklong tak dapat nak link kaklong lagi asyik error on page je...nak bagi comment kat shoutbox pun dah tak bleh..dah kena block hehe....
Noushy Syah said…
ERRRR..so scary!!! Luckily it didn't bite you..

Happy weekend and weekdays Kak LOng..Hope you are fine end there.

Muahhhs.Take care.
Juezura said…
CintaMiloAis-->terima kasih sudi singgah jer dah memadai. Nanti kalau dah boleh link...adik buat kemudian okey.
Juezura said…
Noushy-->it was really scary I tell you. Eeee...terasa rasa lagi ular tu kat tengkuk kak long..
♥~ir@~♥ said…
sgguh menakutkan,,ira geli ngan ular nih,,

smoga mimpi kaklong tuh hanya mainan tido
Juezura said…
Ira-->itula pasal kak long masih teringat ingat mimpi ni...betul2 menggeletar kak long awal pagi tu bila terjaga dari mimpi tu.Yerla..kita hanya mampu berdoa semoga mimpi ini hanya mainan tidur.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah