Semangatku Hilang
...jantung berdebar..tapi sekejap jer laa. Sebab apa rentak jantung berubah? sebabnya nyaris tak terperangkap dengan perangkap had laju di lebuh raya cheras-kajang..wawawawa memang biasa kat situ ada En. Polis bertugas tapi sejak kerja tetap 8am-5pm, jadinyer dah lama tak bersua dengan speed trap tu sebab awal pagi depa tak duty..ehehe cuma selepas pukul 8 jer kat area situ biasanya..
Aduss hari ni masuk kerja lewat sikit sebab ada 'urgent' kat rumah, tapi alhamdulillah tak bawak laju..tapi dah hampir jgak masuk ke limit 90km/j. Apabila ternampak jer kamera dan en.polis tu, terus pandang kat dashboard, isk iskk nasib meter hadlaju tunjuk 80+ belum sampai 90. Mujurlah pagi tadi tu, relax jer memandu tak rushing dan terlupa langsung pasal speed trap.
Pengajarannya adik2 dan kawan-kawan..bila memandu, jangan hilang fokus, jangan mengelamun dan sentiasa waspada yer..ehehehe ini peringatan untuk diri sendiri jugak ni.
Comments
kak long jangan drive laju2 tak elok untuk kesihatan... berhati2 dijalan raya ingatlah orang tersayang... :D