Bicara Hati


Wahai hati
Sabarlah..
usahlah kau hiasi dirimu dengan kesuraman
usahlah sebegini rupa
Sudah banyak halangan kau tempuhi
Kau begitu tabah
Tetapi mengapa kini kau mula mengalah
Mengalah dengan masa dan keadaan..
Wahai hati
Usah mudah tewas
Bentengilah dirimu dengan perisai-perisai yang kukuh

Wahai air mata
Usahlah kau menitis lagi
sudah acap kali kau mengalir laju
cukuplah...
Usahlah kau menitis demi sesuatu yang tidak pasti
Titisan airmata itu hanya layak di hadapan Tuhan
Untuk menyesali dosa-dosa lalu

Wahai wajah
Usahlah kau hiasi dirimu dengan titisan air mata
Usahlah kau lakarkan dirimu dengan kemurungan
Hiasilah dirimu dengan warna-warna keindahan
Sinarilah dirimu dengan cahaya kebahagiaan

Wahai diri
Usahlah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti
Usahlah kau selubungi dirimu dengan masa depan yang tiada kepastian
Sesungguhnya masa hadapanmu hanya Tuhan yang Maha Mengetahuinya
Bersabarlah
Akan ada bahagia sesudah derita
Aku pasti..

Comments

Qaseh Bidadari said…
kaklong,
mcm ado maksud tersirat jer....ado bakat...teruskan...
Juezura said…
mama ranggie--> eheheh mmg ado maksud eh tapi ini adalah dulu2 nyer sajak ni, kak long recyle..huhuhu.
sd. said…
ya.sabar byk2 ek.
kejap je lagi nk bukak puasa dah.

tp esok puasa lagi..
:D
Juezura said…
sayda-->ahahahha...org citer pasal lain..dia citer pasal puasa...ekekek. sabo jer la dak sayda ni..Ihiks yer laa esok puasa!! hari ni puasa gak!!
Anonymous said…
lamenyee nak bersabor niee... lapor2 huahuhauaha!
Juezura said…
ien--> huhuhu sabo kena tahap 200% bila puasa ni ...ehehehe
Noushy Syah said…
Yang tersirat dan yang tersurat...

Segalanya ada dalam poem ini...cayalah kak long,semua kita mahukan kebahagiaan dengan cara tersendiri...

Apa2pun selamat berpuasa yea kak Long.

p/s re-cycle ni mmg bagus....salah satu cara update blog sebab kalau ada yang terlepas pandang bole baca sekali lagi...
Juezura said…
Noushy-->itula pasal, kak long kdgkala kuarkan siaran ulangan...huhuhu.Bahagia ada di mana2...cuma kita yang perlu pilih.
kaklong said…
wah..kaklong pandai wat sajak ek..mm..memang kite kna bersabar..sabar..sabar..hehehe..saya fail ckit bab menggali maksud tersirat sajak, puisi, poem nih..ade maksud lain ek...:)
Juezura said…
wilda-->huhuhu wilda..apa sahaja tafsiran anda pasti boleh diterima pakai. maksud tersirat dan tersurat boleh ditafsirkan mengikut andaian sendiri :)

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini