Suatu Masa - Bahagian 6

Dulu-dulu masa arwah abah kak long masih ada, semasa bulan puasa, abahlah yang sibuk juga di dapur mahupun membeli juadah berbuka. abah pandai masak.

Kalau adik tak ada selera nak makan, abah akan masak sambal telur untuk adik. Ada lagi satu lagi lauk yang abah selalu masak..tapi kak long lupa la pulak apa masakannya. Sampai sekarang ni kalau mak masak sambal telur, adik akan lebih berselera makannya. Abah selalu bancuh air sirap bandung dan macam2 lagi jenis air ketika berbuka puasa.

Abah balik kerja awal, jadinya bila waktu petang sementara menanti waktu utk berbuka puasa, abah akan bawak kami jalan2 naik motor dan kemudian setelah abah beli kereta, dengan kereta yang tidak secantik mana itulah abah bawak kami ronda-ronda ke jeti bagan datoh yang terletak kira-kira 6-7km dari rumah. Mak di rumah menyiapkan juadah berbuka puasa dan kami lepak2 ambik angin laut..ehehe sungguh manja ketika itu..ahaks.

Sekarang ini, anak2 sedara kak long, Nasyirat Nu'man dan Nasrul Nabil menghabiskan banyak masa seharian di sekolah dan KAFA. Jadi waktu terluang sementara menanti waktu berbuka puasa itu dihabiskan dengan menonton kartun di TV. Tak pernah pulak lagi kak long nampak abah budak2 ni bawak pergi ronda2 tepi tasik . Lagipun abah mereka dah penat. Kelmarin, mak kata, Nasyirat dah mengeluh lapar, tapi mak alihkan tumpuan dia , mak suruh dia pusing2 naik basikal dengan kawan. Akhirnya selamat puasa dia..eheheh. Yang Nabil pulak dah tertido depan tv sebab keletihan. Maklumlah awal pagi dah pergi sekolah, lepas tu pergi kelas ugama ..huhuhu macam orang bekerja juga.

Bila kak long kenang-kenangkan semula, kak long dan adik kak long memang beruntung. Walaupun kami tidak mewah tapi cukup perhatian yang diberikan. Cuma Allah lebih sayangkan Abah kami. Abah pergi tidak kembali setelah hanya 15 tahun kak long menerima kasih sayangnya dan adik pula ketika itu hanya berusia 11 tahun.

Itu semua adalah diantara kenangan2 indah bersama arwah abah di bulan puasa. Rindu abah...

~~Al- Fatihah utk Abah~~

Comments

Abang Long said…
Selalunya yang terbaik akan pergi terlebih dahulu ... eh, kak long suka makan apa, waktu berbuka ?
Juezura said…
abang long-->mungkin ada benarnya yer..yg baik selalu pergi dahulu. Kak Long tak kisah apa2pun ...tak ada favorite..tapi mesti ada nasik kut ...eheheh
Abang Long said…
entahlah ... dah rezki abang long, kena gastrik... jadi, waktu berbuka, mesti kena bubur nasi kosong terlebih dahulu ... supaya perut yang kosong itu tak 'terkejut' ... lepas terawih baru boleh masuk yang lain-lain ...
Juezura said…
abang long-->kak long pun ada gastrik tp alhamdulillah so far ok. last yr teruk juga. Tapi jgn byk makan byk masa sahur..itu yg kak long baca nak elakkan gastrik masa puasa
Anonymous said…
semoga kita & mereka2 yg masih ada ayah, menghargai semasa hayatnya kan Kak Long.

rasa mcm nak kene tinggal pulak, maybe 4-5 hari xleh masuk internet, kt umah mak mentua limited access :)

take care kak long! nt jmpe lagi d alam maya. oyek.. yg kasik no tepon kt YM smalam tu k long ke? apsal xde dlm list YM kita? ke org len?
arsaili said…
Al-Fatihah buatayah kak long, semoga kehadiran arawah yang cuma sebentar mampu membuat semua orang gembira. Hargai apa yg kita ada sekarang dan kenangi apa yg pernah kita lalui
Juezura said…
Siti-->betul tu. Ingatlah pengorbanan ibu dan ayah kita. Semasa mereka masih ada..jagalah hati mereka.
Juezura said…
arsaili--->begitulah hendaknya. Ingatlah kepada kedua org tua kita yg masih ada itu...sebelum terlewat.
mad redo1 said…
a bit envious to those who were given the time to share Ramadhans with their parents... as for mad redo1, he did not get the chance to taste it with his Daddy... but he accepts that it is HIS reason for everything...
Juezura said…
Mad_Redo1-->sabar bro...kak long faham macam mana rasanya membesar tanpa ayah di sisi. Ada hikmah di atas segala yang ditentukan oleh Allah swt.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah