Kita adalah kita..


Pernah satu ketika kak long merasa sedikit terkilan apabila tidak ada tetamu yang singgah ke blog kak long. Ada pendapat yang mengatakan kalau dah terlalu lama tak update, mesti orang tak nak singgah lagi. Mungkin betul juga kenyataan itukan? Tetapi kak long sekarang ni dah tak kisah. Kalau ada orang nak singgah, alhamdulillah. Kalau ada yang tidak peduli apabila kita singgah ke blog mereka, itu hak mereka dan kak long tidak akan menganggu mereka lagi.


Mungkin pada mereka ada di kalangan blogger ini adalah bukan dari golongan mereka yang canggih manggih kut...ehehhehe biarkanlah mereka dengan dunia mereka.

Apabila ada rakan blog yang menyebut nama rakan blog yang telah mereka kenali dan menyebut tentang sipolan itu dan sipolan ini, kak long pun cubalah singgah ke blog mereka dan meninggalkan jejak..tetapi sebaliknya tuan punya blog boleh membalas komen rakannya yang ditinggalkan selepas komen kak long...eheheheh komen kak long tu tak ada nilai kut..ataupun halimunan!! Sekurang-kurangnya kita balas kunjungan rakan yang singgah ke blog kita. Mungkin juga dia datang ke blog kak long tetapi tak tinggalkan jejak..huhuhuhu wallahuallam tapi tak ada pulak jejak sipolan dari luar negeri tu kat "live feed"? ehehhe tak apa ..tak pe ...dia boleh mengelak dari di kesan kut.


Apapun seperti yang telah kak long sebut di awal entri..itu hak mereka. Kita berkawanlah dengan mereka yang tidak "busy" atau tidak buat-buat lupa akan kehadiran kita ...ehehhe . Itu saja nak kak long perkatakan sejak hilang 4 hari ...ihiks ..bukan ada orang caripun kalau kak long hilang berminggu-minggu ..yer tak?? ahaks...

Macam-macam perangai bloggers ni...terimalah seadanya !!! Kak long sendiri bukannya sempurna dan baik sangat ...ehehehe.

Comments

arsaili said…
salam kak long...majuk jer bunyi nyer..ehehehe...apa kabar..sihat ker?
Anonymous said…
nape ni kak long..mcm ngajuk jer...
Rumah Kuning said…
Jgn le mrajuk k.long.ramai pun tamu umah k.long ni.cepat le bancuh sirap...
Noushy Syah said…
YOooo Kak Long...muahhss,
Agaknya dia sesat jalan kerumah kak long tak, pusing2 tak jumpa2!!Hiks...

Banyak org banyak ragam kan Kak LOng?

Harap kak long sihat balik dari KT ni yea..takde MOnday blues kan?
Juezura said…
arsaili-->eh tak majuklah! saja nak luahkan perasaan hari ni...eheheh.kak long sihat , terima kasih
Juezura said…
mamaRanggie-->ehehhe kak long tak merajuk...cuma terkilan jer dgn seseorang tapi tak pe la..tak de masalahlah kalau tak dpt berkawan dgn org tu ..eheheh.
Abang Long said…
kak long, nasib kita serupa ... tapi bak kata slogan TV9 .... "Kak Long tetap, dekat dihati" ... chewahhhh ... tapi dalam blog sahaja tau ... diluar isteri tetap dihati. Eh... hari tu abang long call ... tapi kak long tak jawab ... ni yang rasa macam nak merajuk ni ....
pB said…
Salam Kak Long ...

Dalam dunia blog ni macam macam ada ...

tapi apa yang pasti , dengan dunia blog ni , kita dpt mengenali ramai kawan ...

kan kan kan ...
Juezura said…
Noushy-->muahh pp dia ..eheheh tak ada monday blues pun :-). Thanks so much dear.Tak pe sesekali sesat..esok2 bolehla jumpa jalan yang betul...ehehhe
Juezura said…
Abang Long-->ampun maaf laa yer abang long. Memang byk panggilan tidak dikenali tak sempat atau sengaja tak dijawab semasa cuti raya hari itu mahupun selepas cuti raya. Lain kali hantar sms dulu ek sebelum nak call ..eheheh
Juezura said…
PB-->betul...dengan blog ini kita dapat ramai kawan.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah