Matrikulasi ?


Iqa dah dapat tawaran untuk meneruskan pengajian di Pusat matrikulasi Kepala Batas. Sebenarnya dia juga menunggu panggilan interview kursus perguruan lepasan SPM dan jawapan dari UPU. Dia kena melapor diri pada 11 Mei ini. Tak dapatlah nak hantar sekali sebab kak long kerja..huhuhu.


Hujung bulan ni kenalah hantar dia balik ke kampung untuk buat persediaan bagi meneruskan pengajian. Anak-anak sedara kak long, Nasyirat, Nabil, Nurdini dan Nu'aim (sepupu Iqa jugak..eheh)..sure rasa rindu kat dia sebab 2 bulan dia stay dengan kak long, main2 dan tolong anak2 sedara kak long buat keje sekolah.

Dia konfius jugak sebenarnya sama ada nak tolak atau nak terima offer buat matrikulasi selama setahun. Tapi kak long rasa ada bagusnyer buat matrik sebab habis matrikulasi boleh sambung buat degree dan seterusnya. Syaratnya kena belajar betul2 dan sungguh2..utk dapat result yg bagus, boleh masuk program ijazah.

Apa-apapun semoga Iqa akan berjaya di dalam pengajiannya. Apa juga pilihan Iqa, semoga ianya adalah pilihan yang terbaik.

Comments

kak long tic barujerk amik adik tic semalm.. die br abih grad..oo kat pp erk.. adik tic die kedah.. :)
~Cinta Cukulet~ said…
masuklah matrix..cam saya..ngehehehe :D
Luna said…
masuk matrix, kemudian amik degree dlm edu..

dpt 2 kebaikan

suasana pembelajaran di universiti dgn Ins Perguruan tak sama sbb di universiti ada pelbagai course dan boleh jd juga dpt kawan pelbagai bangsa.

bkn kata Ins.Perguruan tak bagus cuma pglmn di universiti lebih berkembang.
Abang Long said…
Yang penting cari ilmu sebanyak mungkin.
cikgu said…
salam k. long.....
kalu anak sedara k.long jadi ke matriks, carilah saya ya! saya tinggal dlm matriks, hubby kerja di sana!
Juezura said…
ticnube-->terima kasih :-).

Cintacukelet-->yerlah..InsyaAllah join matrik jugak.

Luna--> Betuljuga pendapat Luna tu. Terima kasih yer.

Abang Long--> Terima kasih.
Juezura said…
Cikgu-->InsyaAllah nanti kalau Iqa dah betul masuk ke matrik PP, saya bagitahu yer. Terima kasih

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah