Puasa ke hari ini?
Mungkin pada sesetengah wanita tidak kisah dengan soalan " Puasa ke hari ni? yang ditujukan kepada mereka oleh kenalan lelaki mereka. Tetapi kak long rasa mesti ada yang merasa mereka tidak perlu menjawab soalan tersebut terutama mereka sebenarnya "tidak boleh"berpuasa kerana dirinya yang sedang uzur.
Semestinya perasaan malu ada di dalam hati untuk mengaku " oh ..saya tak puasa hari ni" kepada seorang lelaki yang bukan suami , abang atau adik mereka. Nak menipu, berdosa pulak, jadinya lebih baik berdiam diri dan tidak menjawab ya atau tidak. Nak mengaku, terasa malu!
Hmm...pastinya ada juga orang yang mengatakan perkara remeh jer ...apa susah ..mengaku sajalah. Persoalannya, tidak semua perempuan itu berfikiran terbuka di dalam soal2 peribadi seperti ini. Dalam hal lain, mungkin mereka lebih "open minded" tetapi kak long pasti masih ada perempuan atau wanita yang tidak selesa bila di soal. .."Puasa ke hari ni? " Lain ceritanya kalau yang bertanya itu seorang perempuan juga.
Kak Long sendiri merasa serba salah apabila setiap kali di bulan Ramadhan , di tanya sebegitu apabila ketika itu kak long tidak boleh berpuasa. Kenapa tidak boleh kita menganggap semua orang berpuasa ? kecualilah kalau individu itu sendiri dengan rela mengaku dan menghebahkan ke seluruh alam yang dia tidak berpuasa.
Harap maaf kerana kak long menulis ini bukannya merujuk kepada sesiapa juga kenalan kak long tetapi secara umum sahaja. Maaf andai ada yang terasa hati.

Comments
kadang2 kan ryn rasa lelaki yang tanye camtuu macam sengaja je nak wat kite rasa malu kat diri sdri...walaupun benda ni normal bagi pompuan...
tp ryn terus terang aje kak lau mmg xleh nak puasa, kang lau tipu wat tambah dosa je pulak...hmmm
walopon kadang2 pertanyaan cemtu bole mengguris perasaan sorang, tp dalam tak sedar, itula benda2 yg dah biasa kita lalui hari2. hehe.
si A bertanya kepada encik B yg sedang membasuh keta "basuh keta ke bang?"
jawab encik B "tak la.. tengah masak ni.."
:P
xpun tnye die balik. nape? nk belanja bukak puasa ke?hehe.
;)
HEHEHE... lariiikkkk!!!
berbuka pe hr niiiii? kekekek
Paling koman pun, menanya.. Kat bazar ramadhan tmpt awak ada jual popia salut sambal takkk? kekeke