Puasa ke hari ini?

Mungkin pada sesetengah wanita tidak kisah dengan soalan " Puasa ke hari ni? yang ditujukan kepada mereka oleh kenalan lelaki mereka. Tetapi kak long rasa mesti ada yang merasa mereka tidak perlu menjawab soalan tersebut terutama mereka sebenarnya "tidak boleh"berpuasa kerana dirinya yang sedang uzur.

Semestinya perasaan malu ada di dalam hati untuk mengaku " oh ..saya tak puasa hari ni" kepada seorang lelaki yang bukan suami , abang atau adik mereka. Nak menipu, berdosa pulak, jadinya lebih baik berdiam diri dan tidak menjawab ya atau tidak. Nak mengaku, terasa malu!

Hmm...pastinya ada juga orang yang mengatakan perkara remeh jer ...apa susah ..mengaku sajalah. Persoalannya, tidak semua perempuan itu berfikiran terbuka di dalam soal2 peribadi seperti ini. Dalam hal lain, mungkin mereka lebih "open minded" tetapi kak long pasti masih ada perempuan atau wanita yang tidak selesa bila di soal. .."Puasa ke hari ni? " Lain ceritanya kalau yang bertanya itu seorang perempuan juga.

Kak Long sendiri merasa serba salah apabila setiap kali di bulan Ramadhan , di tanya sebegitu apabila ketika itu kak long tidak boleh berpuasa. Kenapa tidak boleh kita menganggap semua orang berpuasa ? kecualilah kalau individu itu sendiri dengan rela mengaku dan menghebahkan ke seluruh alam yang dia tidak berpuasa.

Harap maaf kerana kak long menulis ini bukannya merujuk kepada sesiapa juga kenalan kak long tetapi secara umum sahaja. Maaf andai ada yang terasa hati.

Comments

AiRynnz said…
salam kak long...
kadang2 kan ryn rasa lelaki yang tanye camtuu macam sengaja je nak wat kite rasa malu kat diri sdri...walaupun benda ni normal bagi pompuan...
tp ryn terus terang aje kak lau mmg xleh nak puasa, kang lau tipu wat tambah dosa je pulak...hmmm
Juezura said…
airynn-->mungkin betul juga ckp rynn tu...tapi mungkin juga mereka tidak berniat apa2..saja nak melawak tapi baiklah tk payah tanyakan??
Anonymous said…
kalau tanya saja takpe..jawab je..tapi jangan dipersenda2kan pula..lagipun tak puasa ni bukan nya suka2..tapi kene ganti jugak...mungkin dah jd kebiasaan msykt kita nak mencetuskan idea nak bersembang :), mcm jugak soalan 'arini makan apa..kat mana..' :)
Anonymous said…
saya setuju dgn buah kak luna yg kedua tu. orang2 kita ni suka berbudi bahsa gitu... mesti nk beramah mesra, cari idea nak sembang. kalo bulan posa, tanya "posa ke tak?" kalo orang bujang tanye "bile nk kawen?" kalo orang br kawen tanye "bila nk dpt anak?".

walopon kadang2 pertanyaan cemtu bole mengguris perasaan sorang, tp dalam tak sedar, itula benda2 yg dah biasa kita lalui hari2. hehe.

si A bertanya kepada encik B yg sedang membasuh keta "basuh keta ke bang?"
jawab encik B "tak la.. tengah masak ni.."

:P
arsaili said…
sudah terang lagi bersuluh...apa pun dah jadi kebiasaan kan kita bertanya sbagai pembuka bicara..walaupun kekadang soalan itu sudah tahu jawaban nya...tapi sbg org melayu pun berbudi bahasa, kita tak akan memperlekehkan soalan sesorg itu kan..kita akan jawab juga kerna kita tahu dia cuba start d conversation. Bab soalan sensitive, jwb jer puasa sebab perempuan yg uzur still juga puasa, tak bole makan terangan kat depan org..ekekek
Noushy Syah said…
hhahaha..me, just give them a smile!!! That's answer the question I guess...
sd. said…
sometimes silence is the best answer. tp biasanye sayda ckp je puasa.
xpun tnye die balik. nape? nk belanja bukak puasa ke?hehe.

;)
Abang Long said…
Itulah hakikat kejadian. Tapi secara peribadi, abang long sendiri tidak suka bertanyakan soalan sebegitu terhadap mana - mana perempuan. Tak kira, samada bersaudara ataupun tidak. Kerana dalam Islam, prinsip menjaga kehormatan itu adalah wajib. Kenapa 'gatal mulut' nak tanya samada seorang perempuan itu berpuasa ataupun tidak ?. Baiklah, apa perasaan kaum lelaki kalau ditanya soalan "awak dah solat ke ?". Mesti jawapannya - "yang awak sibuk kenapa ?" itu antara saya dengan tuhan !" Jadi, kalau begitu, bukankah ada hari dimana orang perempuan tak boleh berpuasa dan bersolat. Kenapa nak tanya lagi ?
mad redo1 said…
posa ke hari nih?



HEHEHE... lariiikkkk!!!
activ8ions said…
a'aa cam nshy cakap tuh kak long. senyum aje. sendiri dia akan faham. tp, cam syah ngan akak syah.. esp dah tau abt menstrual cycle of woman, xde masalah.
Mersik said…
Uish.. nasib baik pokcik salu bertanya menda lain.. macam,

berbuka pe hr niiiii? kekekek

Paling koman pun, menanya.. Kat bazar ramadhan tmpt awak ada jual popia salut sambal takkk? kekeke
JajaOHgon said…
org malaysia mmg peramah... sume diorg nak tanya kan... hihihi

Popular posts from this blog

Kes Pewangi Tumpah

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...